Buang Shortcut dan Microsoft.ink



It sometimes shown Microsoft word icon in all program...



Sapa yang dah pernah kena virus shortcut ni? Kalau sapa pernah kena memang serabut kepala otak dok fikir mana hilangnya fail/dokumen/folder tu semua kan. Kalau yang dah tau cara penyelesaian tu ok la. Kalau yang belum tau lagi mesti dah fikir fail tu dah kena makan dengan virus kan? Virus ada mulut ke nak makan ^_^.

Apa kesan virus ni kepada komputer kita? Kuat sangat kah? Sebenarnya virus ni tak la kuat mana pun cuma dia akan sembunyikan fail/dokumen/folder yang asal dan akan keluar folder shortcut untuk penyamaran. Macam 007 pulak lagaknya. Cara nak tengok fail yang disembunyikan(hidden file) tu boleh refer artikel ni. Selalunya yang selalu kena dengan virus ni ialah pendrive, flash disk, external hard disk dan yang berkaitan dengan usb storage. File induk virus ni akan muncul di My Document bernama database.mdb kemudian dalam usb drive akan ada fail-fail shortcut tadi.

Cara-cara nak buang virus ni ada banyak. Tapi bagi yang paling mudah sekali download antivirus Smadav 8.3. Buat full scan. Insyaallah selamat^_^. Bukan berat pun antivirus ni, 1MB lebih je. Nak guna dengan antivirus yang lain yang dah ada dalam komputer pun boleh. Lepas scan dengan antivirus ni, scan guna regwash pulak untuk bersihkan registry yang dah diubah oleh virus yang jahat tu sebelum ni. Membantu tak??Kalau yang kena virus ni boleh cuba try test na...

Download link

http://www.mediafire.com/?p92suzmj5t0va5v --utuk Smadav 8.3

http://www.mediafire.com/?nj4nqoia2gn -- utuk regwash

redit to-http://www.zuarxpdc.com

Masalah BEEP semasa start PC or Laptop

Bunyi BEEP pada motherboard komputer anda.

Terdapat beberapa jenis model BIOS (basic input output system) pada motherboard anda. Pernahkah atau mungkin adan pernah mendegar bunyi BEEP pada computer anda sewaktu masa menghidupkan / onkan computer anda? Jika anda pernah mendengar bunyi BEEP, bagaimana pula anda mahu mentafsir bunyi BEEP tersebut? Di bawah ini saya sertakan beberapa jenis model BIOS.

AMI BIOS

1. Bunyi BEEP hanya sekali sahaja.
Kemungkinan RAM (random access memory) mempunyai masalah atau pun
tidak dipasang dengan betul.

2. BEEP sebanyak enam kali
Kemungkinan keyboard / papan kekunci anda sudah rosak atau tidak dipasangkan
dengan betul pada p/s2 port atau USB port.

3. BEEP sebanyak lapan kali
Kemungkinan VGA (Video Graphics Array) kad atau pun graphic card anda
mengalami masalah atau pun tidak dipasang dengan betul.

4. BEEP sebanyak 11 kali
Checksum Error iaitu melibatkan bateri CMOS anda pada motherboard. Boleh
tukar bateri bateri baru jika alami masalah ini.

Award BIOS

1. Bunyi BEEP yang panjang
Memori anda mempunyai masalah atau tidak dipasang dengan betul

2. 1 BEEP panjang dan 2 BEEP pendek
VGA kad atau graphic kad mempunyai masalah atau tidak dipasang dengan betul

3. 1 BEEP panjang, 3 BEEP pendek
Kemungkina keyboard anda bermasalah atau tidak dipasang dengan betul pada
p/s2 port atau USB port.

4. Bunyi BEEP yang berpanjangan
RAM atau VGA kad anda tidak dipasang dengan betul

Pheonix BIOS

1. 1 BEEP, 1 BEEP dan 4 BEEP
Disebabkan BIOS anda tidak berfungsi. Boleh update atau flash BIOS.

2. 1 BEEP, 2 BEEP dan 1 BEEP
Disebabkan motherboard anda yang sudah rosak

3. 1 BEEP, 3 BEEP dan 1 BEEP
RAM anda mungkin bermasalah atau tidak dipasang dengan betul

4. 3 BEEP, 1 BEEP dan 1 BEEP
Adalah disebabkan masalah motherboard computer anda

5. 3 BEEP, 3 BEEP dan 4 BEEP
VGA kad atau graphic anda bermasalah atau tidak dipasang dengan betul.

JIKA BEEP tidak henti2 berbunyi sila pastikan button pada keyboard anda tidak stuck terutamanya button DEL.... TQ

more beep code at BIOSCENTRAL

How to install windows 7







P/S : If you have DVD installation of windows 7 just skip Download part.